Sunday, October 9, 2011

Kepelbagaian aspek dalam tanggungjawab

Alhamdulillah, Allah swt masih mengizinkan hambaNya yang lemah ini bernafas di bumi yang penuh pancaroba ini. Pejam celik pejam celik rupanya telah masuk bulan yang kedua ana bergelar seorang isteri kepada suami yang dicintai (mekarkan cinta ini kerana Mu ya Rabb!).


Sebelum kita memegang sesuatu tugasan atau tanggungjawab, kita anggap ianya mudah untuk dipikul. Setelah kita melaluinya, ketahuilah bahawa ianya tidak mudah seperi yang kita sangkakan. Segala bentuk tugasan atau tanggungjawab di dalam dunia ini tidak ada yang mudah. Segalanya memerlukan pengorbanan dan pengertian. Bermula dari tanggungjawab sebagai anak, pelajar, pekerja dan sebagainya. Malahan, tanggungjawab sebagai suami dan isteri juga bukanlah satu perkara yang perlu kita anggap remeh.


Sebelum berkahwin, ana melihat keadaan sekeliling, perlakuan manusia tidak kira siapapun ia, pasti terlintas di hati "ah, itu mudah." Namun, setelah melaluinya, hanya Allah swt yang Maha Mengetahui. Tidak ada suatu kebaikan pun yang kita dapat andai kita tidak merasai keperitannya terlebih dahulu. Kerana yang pasti, kebaikan itu manis rasanya. Begitu juga halnya dalam melaksanakan peranan kita dalam apapun jua keadaan.


Menjadi seorang suami dan isteri memerlukan pengorbanan dan pengertian bagi memastikan rumahtangga yang dibina sejahtera hendaknya. Apabila dua individu asing yang kini tinggal bersama, perlu saling memahami antara satu sama yang lain. Toleransi dan saling membantu adalah asas menuju aspek-aspek yang berikut dalam berumahtangga. Keimanan dan ketaqwaan jangan diabaikan. Kerana ini turut memberi kesan baik atau buruk dalam sesebuah rumahtangga tersebut.


Siapapun kita, ketahuilah bahawa dalam berumahtangga suka duka pasti akan kita rasai sama seperti kita menjalani kehidupan harian. Manisnya dalam berumahtangga andai kita jadikan agama sebagai tunggak utama dalam kehidupan berkeluarga. Semoga Allah swt memberikan kita kesempatan dalam merasai kenikmatan bekeluarga berlandaskan Islam, Insha'Allah!

0 comments:

Post a Comment