Thursday, May 5, 2011

Ikut jejak ke apa?!

Melayani karenah kanak-kanak tidak dinafikan amat memenatkan tetapi dalam kepenatan itu kita akan dapat imbalannya iaitu kegembiraan. Hehehe, serius ni! Sebab ana sekarang telah menjadi 'baby sitter' kepada Amir Zuhairy Amir Hussein yang bakal mendapat gelaran 'abang' (rasa kelakar pun ada dengan gelaran itu!) tidak lama lagi, Insya'Allah!


Hari ini, ana mendapat satu lagi simptom-simptom tumbesaran budak nakal plus comel ini iaitu meniru cara atuknya. ^^, tiru apa? Ya! Meniru cara atuknya bersolat. Umur 1 tahun 5 bulan tak padan-padan dengan gayanya. Bila kita sebut sahaja 'Allahu Akbar' dia terus letakkan kedua belah tangannya ke telinga dan menyilangkan tangan seakan-akan orang yang sedang menunaikan solat. Menggelikan hati apabila kita melihatnya ditambah dengan banyak cakap yang entah satu patah pun tidak mampu kita fahami. Tetapi, itulah yang akan bertambah bila mana kami sekeluarga turut sama 'bersembang' dengannya.


Dia suka makan ikan tidak kira masak jenis apapun dia tetap akan makan. Selesai makan, mulalah pula perangainya makan makanan ringan. Hohoho... Nampak ubat berkenan pula dijadikan 'makanan' tetapi malangnya budak kecil ini tidak mampu membukanya hehehe. 


Hary dengan 'makanan' yang tidak boleh dan tidak mampu dibuka dan dimakannya. Hehehe




Satu perangai budak ni (ikut ana kot?!!) bila dia dah dapat apa yang dia inginnya, amat sukar untuk dilepaskannya. Contoh terdekat seperti gambar di atas ini. Ana jadikan makanan ringannya sebagai umpan untuk menarik perhatiannya dari terus menerus berusaha membuka 'makanan' yang sememangnya tidak akan ada sesiapapun yang membuka untuknya. Namun, langsung tidak dipandang malas di tolak ke tepi. Amboii budak comel ni.. Dalam hati makciknya, baik makcik je yang makan. (Hahahaha ;p)


Nyammm... Best ni kalau dapat makan. Hehehe

Amir Zuhairyku sayang, walau senakal mana pun dirimu, makcik tetap sayang! 143

0 comments:

Post a Comment