Monday, January 31, 2011

29012011

"Selamat hari lahir
Iringan doaku hulur
Bersyukur kepadaNya
Atas nikmat usia"



Kek Aiskrim Coklat - Syukran Kathir buat sahabat-sahabat ana. Kejutan ini benar-benar mengejutkan ana. Allahu akbar!.. Ana sayangkan kalian dunia akhirat, insya'Allah!


Lirik di atas mungkin cukup dikenali dalam kalangan kita, namun tidak semua yang faham maksud tersirat di sebalik lirik tersebut. Setiap kali ana terbaca atau teringat lirik ini, banyak perkara yang membuatkan ana berfikir dan terus berfikir. Usia. Ya! Usia.. Setiap hari usia kita semakin menuju ke suatu angka yang kita sendiri tidak pasti sampai bila ianya mampu melangkah. Kerana yang pasti, kita ini adalah hamba yang langsung tidak mempunyai kuasa untuk melawan takdir Allah swt. 


Usia bukanlah tiket jaminan kita akan hidup selamanya. Dan usia juga kadangkala tidak mampu dijadikan pita ukur kematangan dalam diri kita. Mungkin pada zahirnya, kita kelihatan seorang individu yang matang. Namun ketahuilah, dalam kematangan kita pasti terselit sikap atau sifat kebudak-budakan. Ini bukanlah suatu kesalahan kerana lumrahnya makhluk yang bernama insan.


29 Januari 2011 genaplah usia ana yang ke 25 tahun. Allahu akbar! Hingga ke saat ini Engkau masih mengizinkan hambaMu yang hina ini menghirup udara dan melihat keindahan alam ciptaanMu. Dan kerana izinMu jugalah hambaMu ini masih mampu berdiri teguh berhadapan dengan keadaan dan situasi yang penuh dengan pancaroba. Sesungguhnya ya Allah! Tidak tergambar dengan lukisan dan tidak terucap dengan kata-kata keramat syukur hambaMu ini kepadaMu Ya Rabbi!..


Semoga angka 25 tahun ini mampu meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan ana kepadaMu ya Rabb! Dan begitu juga pada umat Islam seluruhnya.. Amiin ya Rabb!

0 comments:

Post a Comment