Monday, February 18, 2013

Jangan perdayakanku

Akhir zaman kini terlalu banyak ajaran yang semakin menyimpang dari landasan Islam yang sebenar-benarnya. Tidak kurang juga golongan yang suka mengkafirkan golongan-golongan tertentu. Dulu dan kini semakin meruncing isu pihak tertentu yang ingin menggulingkan pemerintah tidak kira di negara mana terutama di negara-negara Islam. Sesungguhnya konspirasi ini adalah bertujuan ingin mengubah pegangan yang dipegang kukuh setiap pemerintah di negara-negara tersebut.

Kita sebagai seorang individu sewajarnya berpegang pada apa yang telah Rasulullah saw, para sahabat, tabi'i dan tabi'in, ulama dan seangkatan dengannya sampaikan agar kita tidak mudah goyah dan terpedaya serta terpesong dari hasutan-hasutan luar. Ana, saya, aku... Ya! saya berpegang seteguhnya pada manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) 

Jadi, jangan sesekali anda tunjukkan diri dan nukilan-nukilan dusta anda terhadap Islam di hadapan saya. Full Stop!

Monday, September 24, 2012

Hadirmu bersama amanahNya

Sekian lama menyepi di alam blogger.. Tuntutan terhadap perkara-perkara yang perlu diutamakan menjadi asbab sepinya blog ini.. Alhamdulillah kita berkesempatan melalui detik-detik manis di bulan Ramadhan dan menyambut hari kemenangan di bulan Syawal.. 

Kini kita telah berada di bulan Dzulqaedah, bulan yang menghimpunkan ribuan jemaah haji ke Baitullah... Semoga kita adalah di antara tetamu untuk ke sana, Amiin ya Rabb!

24 Ogos 2012 bersamaan 6 Syawal 1433H telah lahirnya seorang hamba Allah swt dan bertambahnya umat Nabi Muhammad saw yang diberi nama Muhammad Luqmanul Hakim bin Mohd Hasnizam. Syukur Alhamdulillah, diberi peluang untuk merasai perit sakit seorang ibu ketika melahirkan anaknya... Melalui situasi ini amat menginsafi diri betapa besarnya pengorbanan seorang ibu...

Alhamdulillah, usia Luqmanul Hakim telah genap sebulan... Begitu cepat masa berlalu seiringan dengan perkembagan tumbesaran seorang anak kecil :)

Semoga anak ini menjadi seorang hamba yang mentaati perintah Allah swt, mengamalkan sunnah Rasulullah saw dan menjadi anak yang soleh berjaya dunia dan akhirat, Amiin ya Rabb!

Umi dan abah sentiasa mendoakan yang terbaik untukmu wahai anak yang comel... Dan kami berusaha untuk menjadi umi dan abah yang sebaik-baiknya kerana hadirmu merupakan satu amanah dari Allah swt...

Luqmanul Hakim penat menaiki tiga penerbangan dalam satu hari.
18 hari usiamu telah melalui perjalanan yang jauh :)